Seminggu selepas mereka tinggal di rumah anak-anak yatim. Aika dan Aisya cuba kuatkan diri untuk terus hidup tanpa orang tersayang, suasana di rumah anak-anak yatim atau dikenali sebagai Fantasia House telah membuka mata mereka bahawa bukan hanya mereka sahaja yang kehilangan ibubapa, malah ramai lagi penghuni disini lebih teruk dari mereka, ada yang ibubapa mereka mati di hadapan mereka sendiri. Salah seorang dari mereka adalah, Eugene, kawan baik Aika dan Aisya.
Eugene ialah budak lelaki yang sekelas dengan Aika tetapi tua setahun dari Aika dan Aisya. Aika dan Aisya berada dikelas berbeza. Bapa Eugene adalah rakan karib bapa pernah bekerja dibawah syarikat bapa Aika dan Aisya. Eugene menjadi anak yatim piatu selepas satu kes rompakan yang berlaku 3 tahun lepas ,di kedai emas keluarganya, kes itu berlaku ketika Eugene keluar bermain bersama Aika dan Aisya. Ibubapa dan adik perempuan Eugene telah menjadi tebusan dan dibunuh dalam incident tersebut. Sebelum ibubapa Aika dan Aisya meninggal, mereka pernah Tanya Eugene samada beliau terima pelawaan mereka untuk menjadi anak angkat keluarganya kerana Eugene tinggal sebatang kara.
Namun berikut, pelawaan keluarga Aika dan Aisya ditolak oleh Eugene kerana tidak mahu menyusahkan siapa-siapa. Seperti biasa, pihak kerajaan datang untuk membawa Eugene ke Fantasia House, tempat dimana kanak-kanak bawah 15 tahun yang kehilangan ibubapa dan tidak mempunyai keluarga terdekat untuk penjagaan mereka. Kanak-kanak tersebut akan dilindungi oleh pihak kerajaan dan akan menjalani latihan khas dari segi physical dan mental.
Sekian lama mereka berpisah namum persahabatan mereka masih kekal dalam ingatan. Eugene telah beberapa tahun tinggal di Fantasia House. Jadi dia lebih mengenali keadaan atau suasana yang berlaku di Fantasia House. Tidak lama selepas itu, kedengaran penguman dari Puan Suzie, pengurus Fantasia House. “ Kepada Nur Aisya Natasha Bt Badrulhisham. Sila datang kebilik CS Selatan sekarang juga, terima kasih.”
Kehairanan mereka seketika apabila mereka mendengar penguman tersebut.
Eugene tertanya-tanya mengapa hanya Aisya sahaja, bukan kedua-dua mereka dipanggil bersama. Adakah Aisya membuat apa-apa salah?
Aisya semakin gemuruh apabila Eugene berkata begitu. “T..TAK!! AISYA TAK BUAT-BUAT APA SALAH PUN!”.
Aika mengetuk kepala Eugene dengan buku. “Tolong jangan takut-takutkan Aisya, kalau Aisya tak buat apa-apa, mengapa perlu takut, pergi saja lah”.
“Sorry, tak bermaksud pun untuk menakutkan Aisya, Saya Tanya saja. Aisya tak perlu risaulah. Kita pergi sama-sama tapi kami hanya akan tunggu Aisya kat luar sahaja,OK?”, Eugene berkata sambil menggosok kepalanya. Aisya hanya mengangguk kepalanya sahaja.
20 minit Aisya berada dalam Bilik CS (Council Survey). Eugene cuba untuk curi dengar dari pintu tetapi bilik tersebut kalis bunyi. Apa yang mereka perlu buat hanyalah menunggu. 10 minit selepas itu, Aisya keluar dari bilik CS bersama-sama dengan Puan Suzie.
Puan Suzie menolak cermin matanya sambil berkata “Saya harap awak dapat menerima perlawaan mereka dan tolong jangan menghampakan harapan mereka”. Selepas itu, Puan Suzie pergi meninggalkan mereka. Aisya senyap dan membeku seketika.
Aika risau selepas melihat rauk muka Aisya, “ Apa yang Puan Suzie beritahu kamu?”.
*TO BE CONTINUE....

0 comments: